Bukit Aman siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM

Ketua Polis Negara mengesahkan, setakat ini satu laporan berhubung perkara itu sudah diterima dan siasatan lanjut sedang dijalankan

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai laporan kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadamkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, wakil AMK cabang Putrajaya telah membuat laporan berhubung video ugutan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada pukul 1.43 tengah hari tadi.

“Video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun Jaiadani89 itu telah membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu menawarkan habuan RM5 juta kepada sesiapa yang membunuh beliau,” katanya dalam sidang media di luar Kongres Nasional Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Muhammad Kamil menggesa polis untuk segera menjalankan siasatan lanjut dan bertindak tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab itu yang dilihat boleh mengganggu gugat keselamatan serta keharmonian.

Beliau juga khuatir sekiranya perkara itu dibiarkan lebih ramai individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya membuat kenyataan menghasut orang awam untuk membuat ancaman bunuh dan mencetuskan budaya ekstremis. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related