3R: Jangan terperangkap permainan pembangkang, beza warna kulit bukan penghalang bangunkan negara

Isu berkaitan sokongan terhadap pemimpin berbeza kaum, sepatutnya tidak timbul kerana selama ini semangat perpaduan sudah dibuktikan melalui pelbagai platform, khususnya sukan

2:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perwakilan PKR Perlis menggesa pengundi tidak terperangkap dalam permainan pembangkang yang menggunakan pilihan raya sebagai platform untuk memainkan isu 3R, iaitu agama, bangsa dan institusi diraja.

Setiausaha PKR Cabang Kangar, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin berkata, isu berkaitan sokongan terhadap pemimpin berbeza kaum sepatutnya tidak timbul kerana selama ini semangat perpaduan dalam negara sudah dibuktikan melalui pelbagai platform, khususnya sukan.

“Malaysia berbeza dengan negara lain kerana toleransi sesama bangsa tidak kira Melayu, Cina, India, rakan di Sabah serta Sarawak. Beza bangsa, warna kulit bukanlah penghalang untuk kita berkawan dan bersama-sama bangunkan negara ini.

“Cuba lihat, atlet negara dalam skuad bola sepak, hoki, badminton, olahraga, semuanya dibarisi atlet dari pelbagai bangsa. Peliknya, kita boleh menyokong atlet pelbagai bangsa ini dalam mana-mana kejohanan.

“Namun, bila tiba musim pilihan raya, pembangkang memainkan isu 3R, rakyat ditipu hidup-hidup. Jangan sokong Cina, jangan sokong India,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Azzin berkata, kepimpinan parti diingatkan supaya tidak berada di awang-awangan selepas berjaya membentuk kerajaan, setahun lalu.

Beliau menegaskan, sikap terlalu selesa boleh menyebabkan suara rakyat terabai, sekali gus memberi gambaran bahawa pentadbiran kini tiada bezanya dengan kerajaan sebelum ini.

“Tanggungjawab pentadbiran kerajaan berasaskan gagasan Madani, tidak boleh hanya dibebankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang diri, sebaliknya perlu sama-sama dipikul semua kepimpinan.

“Kita tidak boleh selesa sebagai pemerintah. Tidak boleh berada di awang-awangan. Kalau tidak, apa bezanya kita dengan pemerintah sebelumnya? Suara rakyat perlu didengar, agenda Madani perlu kita sokong dan uar-uarkan kepada rakyat seluruhnya ,” katanya.

Ahmad Azzin turut menyentuh kepentingan bahasa Melayu dan memuji beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Harapan (PH) yang bukan sahaja petah dalam bahasa itu, malah menulis buku.

“Bapa Presiden kita tegas dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu. Kita tidak anak tirikan bahasa kebangsaan ini. Sekarang, urusan rasmi jabatan kerajaan mesti menggunakan bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu adalah lambang jati diri dan milik setiap rakyat, malah Howard Lee (Ahli Parlimen Ipoh Timur) contohnya, petah berbahasa Melayu.

“Rakan kita dari DAP, Steven Sim pun ada menulis buku Hang Tuah Adiwira Bangsa.

“Ustaz-ustaz PAS yang memperjuangkan Melayu itu ada tulis buku macam saudara Steven?” soalnya. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related