2 wanita pengsan selepas terperangkap dalam lif hotel

Mereka antara 18 mangsa yang terkandas kira-kira 20 minit di sebuah hotel di Melaka

6:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua wanita, antara 18 mangsa yang terperangkap dalam lif di sebuah hotel di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka, dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Omar Husein@Mohsin berkata, kedua-dua wanita itu mengalami sesak nafas ketika terperangkap di dalam lif berkenaan.

Lif itu terhenti antara tingkat 21 dan 22, dengan kesemua 18 mangsa terkandas kira-kira 20 minit sebelum berjaya diselamatkan.

Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi, sepasukan tujuh anggota termasuk dari Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan terbabit tiba pada jam 10.20 pagi dan memulakan operasi menyelamat pada jam 10.30 pagi.

Pintu lif berjaya dibuka pada jam 10.34 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 11.05 pagi.

“Kedua-dua wanita itu yang pengsan semasa kejadian, dihantar segera untuk menerima rawatan lanjut selepas diselamatkan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related