Nama pengganti Salahuddin sudah ada, akan diumum secepat mungkin: PM

Bagaimanapun beliau tidak memperincikan lebih lanjut dan hanya berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat secepat mungkin

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sudah mempunyai nama calon untuk menggantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada Julai lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak memperincikan lebih lanjut dan hanya berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat secepat mungkin.

“Ada… ada. Secepat mungkin,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Presint 11 di Putrajaya, hari ini.

Pada 23 Julai lalu, Salahuddin meninggal dunia akibat pendarahan otak, sehari selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah.

Dalam perkembangan lain, Anwar menzahirkan sedikit kelegaan apabila gencatan senjata selama empat hari di Gaza bermula hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau bimbang kerana gencatan senjata itu hanya bersifat sementara dan Israel akan kembali meneruskan serangan mereka ke atas Gaza.

“Ia melegakan sedikit tetapi kita berhadapan dengan rejim (Zionis) yang ganas.

“Mereka membuat kenyataan akan meneruskan kegiatan keganasan mereka selepas selesai. Dan itu amat membimbangkan kita,” katanya.

Selepas hampir tujuh minggu perang, Israel dan Hamas memulakan gencatan senjata selama empat hari bermula hari ini.

Gencatan senjata bermula pada jam 7 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia) membabitkan utara dan selatan Gaza.

Ia juga menyaksikan pembebasan tebusan 13 wanita dan kanak-kanak oleh Hamas selain bantuan dapat disalurkan ke kawasan yang dikepung.

Ditanya sama ada Malaysia akan menghantar bantuan sukarelawan ke Gaza dalam tempoh gencatan senjata itu, Anwar berkata, kerajaan terbuka untuk berbuat demikian.

Namun katanya, segala keputusan berkaitan perkara itu tertakluk kepada persetujuan dengan negara-negara Arab terutamanya negara jiran di sekitar Palestin. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related