500 rumah setinggan haram di tanah MUIS dirobohkan

Operasi hari ini menyasarkan sekurang-kurangnya 45 struktur (dirobohkan) dan akan dihentikan sementara pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi menilai kecekapan operasi, kerjasama dan reaksi daripada penduduk

7:58 PM MYT

 

LABUAN – Selepas lebih tiga dekad diduduki secara haram, lebih 500 rumah setinggan di Kampung Gersik di sini dirobohkan bermula hari ini, selepas notis enam bulan dikemukakan kepada penduduk untuk mengosongkan tanah milik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu berakhir semalam.

Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliff Al’Ain Jasni berkata rumah di kawasan seluas 4.946 hektar dan 9.025 hektar itu didirikan oleh beribu penduduk secara haram.

“Operasi hari ini menyasarkan sekurang-kurangnya 45 struktur (dirobohkan) dan akan dihentikan sementara pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi menilai kecekapan operasi, kerjasama dan reaksi daripada penduduk … kemudian kita akan ke fasa operasi seterusnya minggu depan.

“Ada penduduk yang merayu untuk diberi masa memindahkan barang-barang mereka sebelum rumah dirobohkan,” katanya kepada Bernama di tapak operasi hari ini.

Putera Aliff Al’Ain berkata operasi perobohan itu melibatkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang memotong bekalan elektrik di perumahan setinggan itu dan dipantau oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Perbadanan Labuan.

“Operasi ini melibatkan tiga zon iaitu zon tiga akan menjadi tumpuan awal, kita perlu membersihkan struktur haram di zon tiga supaya dapat membawa masuk jengkaut untuk operasi ini … kemudian diikuti zon dua dan satu,” katanya.

Tinjauan mendapati papan iklan telah dipasang di tapak itu yang menunjukkan kawasan berkenaan akan dibangunkan untuk projek perumahan. – 23 November, 2023

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related