LKAN 2022: RM448.87 juta baki subsidi, insentif LPP tak dibelanja, pengurusannya kurang memuaskan

Penyelenggaraan pengairan dan saliran tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan memberi kesan kepada produktiviti padi

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati, sebanyak RM448.87 juta pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), tidak dibelanjakan.

Menurut laporan itu, pengurusan penyaluran peruntukan adalah kurang memuaskan berikutan KPKM tidak menyemak baki peruntukan di LPP, sebelum penyaluran peruntukan tahunan dibuat.

Katanya, baki peruntukan bagi program ‘Entry Point Project’ (EPP) 11 yang ditamatkan juga, tidak dikembalikan agensi terbabit.

“Jumlah RM448.87 juta itu adalah baki peruntukan terkumpul setakat 2022. Ia menyebabkan LPP masih mempunyai baki terkumpul yang tidak dibelanjakan secara optimum bagi membantu golongan sasar mengurangkan kos pengeluaran padi.

“Semakan audit mendapati, sejumlah RM3.673 bilion disalurkan KPKM kepada LPP bagi tempoh tahun 2019 hingga 2022 untuk pelaksanaan pelbagai skim bantuan subsidi dan insentif penanaman padi.

“Laporan prestasi tuntutan pembekal bagi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Insentif Benih Padi Sah (IBPS) mendapati, jumlah perbelanjaan LPP bagi tempoh itu adalah RM3.224 bilion dengan baki peruntukan terkumpul RM448.87 juta,” kata laporan itu hari ini.

Pada masa sama, LKAN menunjukkan, bekalan benih padi asas yang tidak mencukupi, membuka ruang kepada penggunaan benih padi yang tidak diiktiraf Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), kelewatan penghantaran baja kepada pesawah serta kebergantungan kepada perkhidmatan jentera pihak swasta.

Malah, laporan itu memaklumkan, penyelenggaraan pengairan dan saliran tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan serta memberi kesan kepada produktiviti padi.

KPKM juga, katanya, didapati tidak menjaga kepentingan kerajaan apabila meluluskan secara keseluruhan pengecualian denda kelewatan penghantaran baja berjumlah RM211.27 juta kepada pihak pembekal.

“Selain itu, terdapat kelemahan dalam pemantauan baki peruntukan yang berada di LPP dan agensi terbabit dengan program EPP 11,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related