Makcik Kemboja mohon ampun kepada TMJ, ‘patik bangga menjadi rakyat Johor…’

Permohonan ampun itu dibuat selepas netizen meminta Tunku Ismail mengambil tindakan terhadap Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob susulan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikenali sebagai Makcik Kemboja tampil membuat permohonan ampun ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu ‘Melayu malas’.

Permohonan ampun dilakukan pemilik gedung tekstil di Skudai, Johor itu dibuat menerusi video berdurasi 51 saat yang kemudiannya tular di media sosial, hari ini.

Difahamkan permohonan ampun itu dibuat selepas netizen meminta Tunku Ismail mengambil tindakan terhadap Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob susulan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Sebelum ini, Mariyah dikecam netizen susulan kenyataannya mendakwa Orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas.

Namun pada akhir rakaman video berkenaan, wanita itu berkata dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.

Malah permohonan ampun terbaharu yang tular itu dibuat selepas Tunku Ismail mengatakan sebelum ini tidak ada pihak yang memintanya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan orang Melayu.

“Tahun 2018 MP (Ahli Parlimen) Muar mengatakan zaman Ketuanan Melayu telah berakhir. Tun (Mahathir) dah berpuluh tahun kata ‘Melayu malas’. Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan,” katanya menerusi ciapan di X. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related