200 pesakit dipindahkan ke hospital Nasser, seorang lagi wartawan maut

Awal hari ini, serangan tentera Israel ke atas hospital Indonesia di Jabaliya mengorbankan 12 orang awam

10:09 AM MYT

 

GAZA – Seramai 200 pesakit dipindahkan dari hospital Indonesia di Jabaliya dengan bantuan Persatuan Palang Merah beberapa jam selepas diserang tentera Israel, awal hari ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, kesemua pesakit dibawa ke hospital Nasser di selatan Khan Younis.

“Tentera Israel sedang mengepung hospital Indonesia.

“Kami bimbang perkara sama akan berlaku di sana seperti situasi di Al-Shifa,” katanya.

Menurut beliau, pemindahan tersebut dilakukan dengan penyelarasan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

“Masih terdapat 400 pesakit di hospital dan kami bekerjasama dengan ICRC untuk berpindah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan puluhan kereta kebal dan kenderaan berperisai menyasarkan kawasan di sekitar hospital tersebut.

Awal hari ini, serangan tentera Israel ke atas hospital terbabit mengorbankan 12 orang awam.

Sementara itu, seorang wartawan dikenali sebagai Ayat Khadura dilaporkan terkorban selepas kediamannya di Beit yang terletak di utara Semenanjung Gaza dibedil rejim Zionis.

Khadura merupakan wartawan Palestin kedua yang maut di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Semalam, serangan tentera Israel turut mengorbankan seorang wartawan Palestin yang juga penyampai Rangkaian Media Al Majedat, Alaa Taher Al-Hasanat bersama beberapa ahli keluarganya. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related