Jasmine Suraya tak dapat tahan sedih berpisah dengan Sumi, ‘Tunggu saya datang…’

Dia memaklumkan mengenali Sumi selama separuh hayatnya dan menyifatkan sahabatnya itu paling baik antara yang terbaik

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun selebriti sering dilihat bercampur dan bergaul sesama mereka, tapi mereka juga mempunyai rakan baik yang bukan datang dari industri sama.

Buktinya, Jasmine Suraya meluahkan kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan rakan baiknya, Sumi yang akan berpindah dan menetap di United Kingdom (UK) buat selamanya.

Menerusi luahan dikongsikannya di akaun Instagram, Jasmine turut memuatnaik gambarnya bersama Sumi.

Jasmine Suraya Chin bakal melanjutkan pelajaran di Lee Strasbergh Theatre and Film Institute, Los Angeles tidak lama lagi. – Gambar Instagram Jamine Suraya, 20 November, 2023

“Ini adalah rakan baik saya di antara yang terbaik. Walau apapun, kami akan sentiasa ada untuk satu sama lain. Dia adalah Sumi.

“Dia tidak mempunyai Instagram, dia tidak tahu bagaimana TikTok berfungsi, dia tidak tahu apa itu cerita Instagram. Ya, percayalah, kat dunia ni, ada je orang yang tak guna media sosial,” tulisnya.

Pernah membawakan watak sebagai pemain boling negara, Shalin Zulkifli menerusi drama bersiri, Ratu Ten Pin 2: Shalin, Jasmine juga memberitahu bahawa gambarnya bersama Sumi seperti dikongsikan di media sosial itu, diambil pada awal pagi sebelum rakannya terbang ke UK.

“Saya mengenali Sumi selama separuh hayat saya dan kami sentiasa dikenali sebagai Sumi dan Jasmine. Dia seorang sahaja yang memanggil saya Chin.

“Kami mempunyai personaliti sangat berbeza. Memang lain sangat. Tetapi entah bagaimana, saya tidak tahu bagaimana, kami dapat jadi begitu baik dan sukar digantikan antara satu sama lain.

“Dia adalah satu-satunya kawan baik saya dan satu-satunya pengapit saya di perkahwinan saya pada masa depan nanti. Ini adalah penghujung era untuk kami berdua. Dia di UK dan saya tidak lama lagi di Amerika Syarikat. Tunggu saya Sumi! Saya akan datang jumpa kamu tidak lama lagi,” luahnya.

Dalam wawancara bersama Scoop baru-baru ini, Jasmine Suraya Chin, 34, memaklumkan dia bakal berehat dari dunia lakonan selama setahun kerana akan menyambung pengajian di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Disember depan.

Bakal mengikuti jurusan ilmu lakonan, Jasmine menjadi anak Malaysia pertama yang menuntut di Lee Strasbergh Theatre and Film Institute di Los Angeles.

Dia juga mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon disebabkan pengajiannya itu. – 20 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related