Laungan takbir ‘Allahuakbar’, ‘Selamatkan Syariah’ bergema di Putrajaya

Lebih 1,000 peserta berada pada Himpunan Selamatkan Syariah setakat 10 pagi ini

10:11 AM MYT

 

PUTRAJAYA: Lebih 1,000 peserta, terutama ahli PAS menyertai Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Dataran Putrajaya di sini, setakat kira-kira jam 10 pagi ini.

Terdahulu, peserta yang tiba seawal jam 8 pagi, berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di sini sebelum bergerak ke padang Dataran Putrajaya, bagi menunaikan solat hajat beramai-ramai.

Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Turut kelihatan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Laungan takbir ‘Allahuakbar’ ‘Selamatkan Syariah’ dan ‘Selamatkan negara’ turut kedengaran pada perhimpunan itu. 

Perhimpunan aman itu dianjurkan bagi membantah petisyen seorang peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Mereka mahu mengisytiharkan beberapa peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.

Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

Manakala, peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual). – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Cyberbullying: Understanding the impact and solutions for parents, schools and individuals

The widespread use of social media has made it easier for bullies to target individuals, leaving victims vulnerable to threats and psychological harm

Related