‘Saya suka berlian, bukan emas’, Ini jawapan Sushmita Sen apabila digelar ‘pisau cukur’, nafi sudah berkahwin dengan ahli perniagaan

Sushmita yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-48 hari ini memberitahu, statusnya masih lagi ‘single’ dan belum berkahwin

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bintang Bollywood, Sushmita Sen yang juga Miss Universe 1994 akhirnya tampil menjelaskan desas-desus kononnya dia sudah berkahwin dengan ahli perniagaan, Lalit Modi.

Menafikan khabar angin itu, Sushmita yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-48 hari ini memberitahu, statusnya masih lagi ‘single’ dan belum berkahwin.

“Saya memang jarang menggunakan media sosial untuk berkongsi hal-hal peribadi, namun saya pernah memberitahu pengikut saya di Instagram yang saya tidak berkahwin.

“Hanya sekali sahaja saya membuat kenyataan tersebut. Itu pun kerana terlalu ramai yang percaya dengar khabar angin dan menganggap saya sudah berkahwin.

“Jika saya berdiam diri, saya bimbang mereka akan berfikir sebaliknya. Dengan hanya satu hantaran di Instagram, saya cuba memberitahu mereka bahawa saya sedang ketawa dengan berita tidak benar itu,” katanya.

Sushmita bagaimanapun mengakui pernah menjalin hubungan singkat dengan Lalit dan menganggap ia sebagai satu lagi fasa dalam kehidupannya.

“Ia satu lagi pengalaman dan satu lagi fasa yang saya lalui dan telahpun berlaku. Jika saya mahu mengahwini seseorang, saya akan terus berkahwin dan tidak sekadar mencuba,” katanya.

Mengenai komen netizen yang mengatanya sebagai ‘pisau cukur’ sewaktu bercinta dengan Lalit, Sushmita dengan jujur memberitahu, dia seronok melihat meme (gambar lucu) yang diwujudkan.

“Tapi, jika ada mahu menggelar seseorang itu pisau cukur, janganlah cuba membuat duit daripada orang itu.

“Seperkara lagi, cubalah periksa fakta anda. Saya menyukai berlian dan bukannya emas,” katanya.

Tahun lalu, Lalit menerusi akaun X (dahulu dikenali sebagai Twitter) berkongsi gambarnya dengan Sushmita, seolah-olah cuba memberikan bayangan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Namun, hubungan mereka hanya bertahan seketika dan Sushmita dilihat kembali mesra dengan bekas teman lelakinya, Rohman Shawl.

Pasangan itu juga dilihat berpegang tangan ketika menghadiri sebuah parti Diwali, baru-baru ini. – 19 November, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related