‘Umpama medan perang, tapi dalam bentuk lain,’ kata Raja Mohamed mengenai PRK Kemaman

Fokus saya satu sahaja iaitu untuk menang. Yang lain adalah kaedah dan cara : Raja Mohamed

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — “Ia umpama satu medan untuk berperang balik, tapi dalam bentuk lain,’’ kata Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ketika mengulas mengenai pemilihannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Raja Mohamed yang pernah menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan anak jati Kemaman berkata, ia juga merupakan satu cara untuk kembali berkhidmat kepada rakyat.

“Masuk ke sini (pusat penamaan), satu medan untuk berperang balik, tapi dalam bentuk lain. Tidak mustahil kita alihkan warna bendera,’’ katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini hari ini.

Raja Mohamed akan berdepan dengan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 28 November ini manakala 2 Disember adalah hari pengundian.

Sebanyak 141,790 pengundi layak mengundi termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu telah membatalkan kemenangan calon calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506). – 18 November, 2023

Menurutnya, fokus utama beliau ialah untuk memang dan yang lain adalah kaedah serta cara.

“Pertamanya, Kemaman untuk orang Kemaman, saya balik sebagai orang Kemaman.

“Fokus saya satu sahaja iaitu untuk menang. Yang lain adalah kaedah dan cara,’’ katanya. – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related