Hamidin mahu ‘simbah’ Zii Jia dengan teguran

"Saya tidak mahu pujuk (masuk RTG), saya hanya mahu jumpa dia untuk bercakap dengan dia kalau boleh saya 'simbah' dia saya 'simbah' dengan teguran"

10:29 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia bagi membincangkan keputusan perseorangan lelaki negara itu tidak menyertai program Road To Gold (RTG).

“Jadi selepas dia menolak (RTG) saya tidak berkesempatan berjumpa dia (Zii Jia), saya tidak mahu pujuk (masuk RTG), saya hanya mahu jumpa dia untuk bercakap dengan dia kalau boleh saya ‘simbah’ dia saya ‘simbah’ dengan teguran.

“Itu keputusan dia, jadi semua pihak boleh menilai. Kita mewakili Majlis Sukan Negara (MSN) dan MOM mengharapkan dia boleh ‘perform’ dalam Olimpik kalau dia layak,” kata Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu pada sidang media Majlis Deepavali MOM di sini hari ini.

Selasa lalu, Jawatankuasa RTG dalam kenyataan memaklumkan keputusan pemain nombor 11 dunia itu untuk tidak terlibat dalam program tersebut selepas berdiam diri hingga hari terakhir bagi memberi maklum balas kepada RTG.

Setakat ini, empat atlet Malaysia telah melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu iaitu atlet terjun, Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak) dan Ariana Nur Dania Zairi (memanah recurve). – 17 November, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related