Malaysia bantu mudahkan cara pensijilan halal Peru : PM

Malaysia mengulangi komitmen untuk terus melatih pegawai Peru di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan saling belajar daripada kepakaran masing-masing.

8:23 AM MYT

 

SAN FRANCISCO  –  Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra meminta Malaysia agar mempertimbangkan pembukaan sebuah pejabat di Peru untuk membantu memudah cara pensijilan halal bagi produk Peru, memandangkan pensijilan halal Malaysia diiktiraf di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah bersetuju untuk memudahkan permintaan Peru itu secepat mungkin,” katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Boluarte di sela-sela Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini, pada Khamis.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen, Sim Tze Tzin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Boluarte telah menjemputnya melawat Peru tahun depan, sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan Peru.

Presiden Peru itu turut mempelawa perniagaan Malaysia untuk melawat dan melabur di Peru, katanya.

Anwar juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Peru kerana menyelamatkan dan membantu 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh di Peru baru-baru ini.

“Boluarte telah menyampaikan komitmen kerajaannya untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan manusia,” katanya.

Anwar berkata Malaysia mengulangi komitmen untuk terus melatih pegawai Peru di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan saling belajar daripada kepakaran masing-masing.

Mengenai permintaan Peru untuk mewujudkan status Perkongsian Pembangunan dengan ASEAN, beliau berkata Malaysia pada dasarnya menyokong usaha itu.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan aspek pemerkasaan wanita dan perubahan iklim, katanya.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Peru berjumlah US$168.45 juta (RM751.77 juta) dari Januari hingga Jun 2023, meningkat 12.8 peratus daripada US$155.97 juta (RM666.44 juta) yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related