PAS calonkan MB Terengganu pertahankan kerusi Parlimen Kemaman

Samsuri yang juga Adun Ru Rendang dijangka berdepan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional

12:31 AM MYT

 

KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman di sini malam ini.

Samsuri, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang dan Naib Presiden PAS itu dijangka berdepan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala 28 November dan 2 Disember masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.

Pada PRU15, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Dua lagi calon yang bertanding di kerusi itu pada PRU15 ialah Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dengan masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related