Kami bukan lari, hanya Allah maha mengetahui: Nurul Ain

Jelasnya, jika dia dan suami tidak keluar dari Gaza, sukar bagi mereka untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin

9:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 37, dan suaminya warga Palestin, Mohamed AM Shaat, 33, yang selamat tiba di tanah air, malam Selasa lalu menafikan dakwaan mereka lari meninggalkan keluarga mentuanya di Gaza.

Sebaliknya, wanita itu berkata, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku di hatinya.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan, terima kasih juga kepada mereka yang mengecam.

“Kami bukan lari, tiada siapa tahu apa yang terbuku di hati kami, hanya Allah yang maha mengetahui,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Jelasnya, sekiranya dia dan suami mengambil keputusan untuk tidak keluar dari Gaza, sudah tentu mereka tidak dapat membantu rakyat Palestin yang masih berada di wilayah terkepung itu.

“Kalau kami stay (tidak keluar) bagaimana nak sara keluarga yang sedang susah dan bertambah susah sekarang?

“Bagaimana untuk kami bantu rakyat di sana juga kerana saya tidak dapat withdraw cash (keluarkan wang tunai) bantuan kerana Israel menyekat sistem di sana,” katanya.

Nurul Ain Haron berkata, mereka bukan melarikan diri dari Gaza tetapi sekiranya tidak berbuat demikian bagaimana mereka mahu membantu rakyat Palestin yang masih berada di wilayah terkepung itu. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 16 November, 2023

Pada masa sama, Nurul Ain berkata, dia dan suaminya akan kembali ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.

“Rakyat Malaysia jangan risau suami saya tidak akan lama di sini, InsyaAllah soon (dalam masa terdekat) kami akan kembali ke UAE.

“Alhamdulillah for everything (untuk segalanya)… InsyaAllah everything will be okay (semuanya akan okay. InsyaAllah Palestine will be free soon (akan bebas dalam masa terdekat),” katanya.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu dibawa keluar dari kawasan konflik Gaza melalui lintasan sempadan Rafah, pada 2.23 pagi, 13 November lalu.

Kementerian Luar memaklumkan, tindakan evakuasi itu dapat dilaksanakan hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Mesir, Abdel Fattah al-Sisi semasa lawatan Anwar ke Mesir pada 23 Oktober lalu.

Nurul Ain dan suaminya menjejakkan kaki ke Gaza pada 1 Oktober lalu untuk bertemu dengan keluarga Mohamed selepas sembilan tahun tidak bertemu sejak mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

Dalam pada itu, Nurul Ain turut menzahirkan penghargaannya kepada Anwar yang telah membantu dalam misi membawanya pulang ke tanah air. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related