Jangan jadikan ‘golongan T20 pakai kabel’ sebagai polemik untuk burukkan MRSM

MRSM tidak pernah mempunyai polisi di mana hanya pelajar miskin layak menuntut di institusi pendidikan tersebut

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Isu kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak sepatutnya dijadikan polemik oleh segelintir pihak apabila mendakwa pelajar dari golongan berada atau T20 memasuki institusi terbabit dengan menggunakan ‘kabel’.

Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (Uitm), Profesor Datuk Ismail Sualman ketika berkongsi pengalamannya terlibat dalam pemilihan kemasukan ke MRSM berkata, tuduhan berkenaan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi institusi pendidikan tersebut.

Tuduhan itu juga, kata Ismail, bukan sesuatu yang baru dan sengaja ditimbulkan untuk memberi imej buruk kepada bidang pendidikan negara.

Sedangkan, kata beliau, pelajar akan menduduki peperiksaan kemasukan terlebih dahulu dan hanya yang lulus dengan cemerlang akan dipilih memasuki MRSM.

Jelasnya, selain akademik, kecemerlangan dalam bidang kokurikulum juga akan diambil kira.

“Sepanjang saya berkhidmat di Kementerian Pendidikan dahulu, memang tiada mana-mana orang kenamaan atau golongan T20 menggunakan kabel mereka bagi memasukkan anak-anak ke MRSM.

“Kalau mana yang dapat itu, ia menunjukkan anak mereka betul-betul layak dan ia berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan untuk golongan T20,’’ katanya ketika dihubungi Scoop.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini dilaporkan berkata bahawa MRSM tidak pernah mempunyai polisi di mana hanya pelajar miskin layak menuntut di institusi pendidikan tersebut sebaliknya anak kenamaan dan T20 juga boleh berbuat demikian jika layak.

Jelasnya, kuota yang ditetapkan ialah 60 peratus pelajar dalam kalangan kumpulan B40 manakala selebihnya adalah anak-anak kumpulan M40 dan T20, yang melepasi ujian kelayakan ke MRSM.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta Mara meneliti serta membuat penambahbaikan dasar kemasukan pelajar ke institusi berkenaan.

Presidennya, Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, sistem kemasukan pelajar ke MRSM seharusnya berpaksikan kepada peratusan yang ditetapkan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan.

“Sepatutnya pihak Lembaga pengelola MRSM meneliti semula asas penubuhan MRSM dan patuh pada hal tersebut,’’ katanya.

Menurut Mohamad, fokus juga perlu diberikan kepada pelajar yang berasal dari luar bandar serta kurang berkemampuan supaya mereka mendapat akses pendidikan yang berkualiti dan terbaik.

Dalam ini, tegasnya, Mara perlu memastikan pelajar dari golongan T20 tidak mengambil peluang anak-anak dari M40 dan B40 mendapatkan pendidikan di situ. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related