Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Calon yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah dalam SPM boleh menduduki peperiksaan SPM ulangan (SPMU) yang dilaksanakan setiap tahun

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Sejarah, yang dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus mulai 2013, adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai tahun 4 sebelum diajar lebih mendalam pada peringkat menengah.

“Usaha ini dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri dalam kalangan murid sebagai warganegara Malaysia yang arif dan peka sejarah serta cinta akan negara,’’ katanya dalam jawapan bertulis kepada Mordi Bimol dari Mas Gading pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mordi ingin mengetahui sama ada kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memansuhkan syarat terbabit yang dilihat menyukarkan pelajar lepasan SPM untuk menyambung pelajaran.

Menurut Fadhlina, bagi calon yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah dalam SPM, Kementerian Pendidikan menyediakan peluang kepada mereka untuk menduduki peperiksaan SPM ulangan (SPMU) yang dilaksanakan setiap tahun.

SPMU, katanya menawarkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

“Seramai 5,394 calon lepasan SPM tahun 2022 telah menduduki peperiksaan SPMU pada tahun ini bagi memperbaiki keputusan peperiksaan termasuk bagi mata pelajaran Sejarah.

“Calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya dan keputusan itu boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan sahaja,’’ katanya. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related