Wanna Ali dedah pernah ditawarkan jadi gadis pengiring

Menurut Wanna dia ditawarkan untuk jadi gadis pengiring oleh seorang individu di Instagram

6:23 PM MYT

 

PETALING JAYA — Pelakon yang semakin meningkat naik, Wanna Ali mengakui pernah menerima tawaran untuk menjadi gadis pengiring.

Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 25, berkata, dia menerima tawaran itu menerusi mesej yang dihantar oleh seorang individu di Instagram.

“Benar saya pernah terima tawaran seperti itu. Dia mesej saya tanya jika saya berminat untuk menjadi gadis pengiring.

“Tetapi saya tak layan. Saya pun tak pernah nak tahu sama ada orang yang tanya tu benar atau pun tidak.

“Nasihat saya kepada wanita yang menerima mesej seperti ini supaya jangan layan,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz.

Tambah Wanna lagi dia tidak semurah itu untuk mendapatkan wang dengan cara yang tidak bermoral sebaliknya mempunyai wang sendiri untuk menyara hidup.

Bercerita tentang drama lakonannya Bukan Sekadar Lafaz yang mendapat sambutan ramai, kata Wanna dia pada mulanya bimbang akan penerimaan penonton.

“Sebelum drama ini ditayangkan, saya dan Alif Satar risau dan tertanya-tanya sama ada drama ini akan mendapat sambutan.

“Tambahan pula drama ini ditayangkan saat seluruh dunia sedang bersolidariti terhadap Palestin.

“Tetapi Alhamdulillah drama ini diterima baik oleh penonton dan mendapat rating yang tinggi.

“Penonton pun suka gandingan kami berdua walaupun ini pertama kali kami digandingkan,” kongsinya.

Selepas ini Wanna akan bergandingan dengan Fattah Amin dalam sebuah drama arahan Erma Fatima yang akan menjalani penggambaran di Makkah. – 14 November, 2023

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related