Jangan sorok benih padi, sudah ada tangkapan di 20 lokasi: Mat Sabu

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil secepat mungkin terhadap pihak pembekal yang didapati melakukan kesalahan itu

1:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas secepat mungkin terhadap pihak pembekal yang didapati menyembunyikan benih padi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini sudah ada tangkapan di 20 lokasi membabitkan kesalahan itu dan pihaknya akan bertindak secepat mungkin menerusi penguatkuasaan terhadap pihak terbabit.

“Jangan ada berlaku sorokan benih padi. Ini kita beri amaran kepada mereka semua supaya bekerjasama, soal harga dan sebagainya kita runding kemudian nanti.

“Tapi nak bagi orang tanam padi mesti disegerakan. Jangan nak naik harga padi, harga benih itu perundingan kemudian,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Syed Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang-PN) mengenai rungutan pesawah yang mengalami kesukaran membeli benih padi di pasaran sehingga ada yang perlu membayar pada harga lebih tinggi antara RM68 hingga RM75 satu beg.

Tambah Mohamad, pihak terbabit tidak boleh menggunakan keadaan ketika ini untuk menekan suatu perkara supaya cita-cita mereka tercapai dengan menyeksa orang lain.

“Ini kita beri jaminan, kita akan bertindak sebaik mungkin supaya padi dapat ditanam tahun ini mengikut jadual,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menggesa supaya pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu kekurangan bekalan benih padi dengan segera.

Isu berkenaan menyebabkan aktiviti penanaman padi bagi musim 2/2023 di kawasan Mada terjejas dan mengalami kelewatan – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related