Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman syarat lesen operasi

Syarikat itu dan kerajaan bersetuju dengan terma di bawah draf perintah yang dicadangkan

11:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya yang melarang pengimportan dan pemprosesan lantanida selepas 1 Januari 2024.

Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Lynas memaklumkan perkara itu, semasa prosiding kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang berlangsung secara dalam talian.

Cecil berkata, Lynas dan kerajaan bersetuju dengan terma di bawah draf perintah yang dicadangkan.

“Oleh itu, dua permohonan semakan kehakiman tersebut ditarik balik oleh Lynas,” kata peguam itu.

Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali dari Jabatan Peguam Negara mengesahkan perkara tersebut.

Hakim Wan Ahmad Farid kemudian merekodkan penarikan balik kedua-dua permohonan itu, tanpa sebarang kos.

Pada 22 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Lynas untuk memulakan dua semakan kehakiman berkenaan.

Pada Julai lepas, Lynas memfailkan dua permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebagai responden.

Lynas, dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu difailkan untuk membatalkan syarat sekatan pengimportan dan pemprosesan lantanida pekat selepas 1 Jan tahun depan.

Pada 9 Mei lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, kerajaan tidak menutup operasi Lynas, tetapi syarikat itu tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti cracking and leaching (C&L) di negara ini, selepas 31 Disember.

Beliau berkata, keputusan untuk melanjutkan tempoh kilang menjalankan aktiviti C&L selama enam bulan lagi, untuk mengelak menjejaskan rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global.

Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga mengumumkan bahawa rayuan Lynas terhadap pengguguran empat syarat pelesenan yang ditetapkan oleh AELB telah ditolak, selepas perbicaraan diadakan pada 28 April lepas bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan itu. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related