Jemaah B40, M40 tolak bantuan kewangan haji meningkat

Peningkatan mendadak itu membolehkan kerajaan menumpukan bantuan kewangan haji kepada golongan benar-benar memerlukan

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah jemaah dalam kalangan B40 dan M40 yang menolak Bantuan Kewangan Haji secara total serta membayar penuh kos menunaikan ibadah itu, meningkat kepada 67 orang pada musim 2023, berbanding 44 orang tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, seramai 396 jemaah haji musim ini pula membayar RM1,000 hingga RM12,000 lebih daripada kadar bayaran ditetapkan.

“Peningkatan mendadak jemaah yang menolak bantuan kewangan haji pada 2023, mencerminkan ramai sudah mula memahami dan menghayati konsep istito’ah, bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Konsep istito’ah juga jelas disebut dalam Al-Qur’an pada Surah Ali ‘Imran ayat 97 di mana Allah mewajibkan manusia mengerjakan Haji bagi sesiapa yang mampu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Istito’ah bermaksud kemampuan mengerjakan haji daripada segi kewangan, bekalan, kenderaan dan perjalanan yang lancar.

Beliau berkata, Lembaga TH menyeru umat Islam benar-benar memahami konsep istito’ah kerana ia menjadi satu daripada kewajipan utama, sebelum mengerjakan haji.

Malah, katanya, ibadat haji adalah rukun Islam dan hanya diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan dari segi kesihatan, kewangan, keselamatan serta mempunyai kebenaran menunaikannya.

“Dari segi keperluan kesihatan, ibadat haji memerlukan individu untuk melakukan tawaf, sa’ie dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan. Sebagai contoh, tawaf dan sa’ie sahaja membabitkan pergerakan sejauh 4 hingga 6 kilometer (km). Cuaca di Arab Saudi yang boleh mencecah hampir 50 darjah Celcius juga antara cabaran besar,” katanya.

Syed Hamadah berkata, jemaah juga perlu mempunyai kewangan mencukupi untuk membiayai bayaran sepanjang perjalanan haji, termasuk semasa di Tanah Suci, disamping memastikan keluarga di Malaysia mempunyai pembelanjaan harian mencukupi.

“Ibadat haji adalah istimewa kerana ia menuntut pengorbanan tinggi bermula dengan persediaan, selain urusan ibadat yang mengambil masa lebih sebulan,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan mengalu-alukan bakal jemaah haji memenuhi konsep istito’ah.

Katanya, perkara itu membolehkan TH menumpukan bantuan kewangan haji kepada golongan benar-benar memerlukan. – 12 November, 2023

Topics

Hangat

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related