Kerajaan kaji syor naikkan harga siling beras putih tempatan

Kajian ini juga perlu dilakukan atas cadangan daripada beberapa pihak kerana harga yang ditetapkan tidak pernah berubah sejak 2008: Mohamad Sabu

5:56 PM MYT

 

IPOH – Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT) sepertimana diutarakan oleh Badan Kawal Selia Padi dan Beras semalam, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata kajian tersebut akan melibatkan penelitian terhadap semua aspek bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada keputusan yang dibuat.

“Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan berbincang bagi meneliti keperluan serta cara pelaksanaannya.

“Kajian ini juga perlu dilakukan atas cadangan daripada beberapa pihak kerana harga yang ditetapkan tidak pernah berubah sejak 2008,” katanya ketika ditemui media di gerai Jualan Rahmah sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood semalam menegaskan harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram (kg) berbanding RM2.60 sekg ketika ini bagi menjaga masa depan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu terutama pesawah.

Azman dalam kenyataan sama turut menjelaskan kenaikan harga siling BPT penting bagi mengelakkan berlakunya longgokan padi tempatan berikutan pengilang tidak lagi berminat meneruskan pembelian beras kerana harga yang rendah.

Sementara itu, Mohamad Sabu berkata beliau yakin lebih 500,000 pengunjung akan hadir ke program HPPNK 2023, yang berlangsung selama tiga hari dari 10 Nov lepas hingga hari ini.

“Saya yakin sasaran itu akan dapat dicapai berdasarkan hingga pukul 12 tengah hari tadi kehadiran keseluruhan adalah 488,662 pengunjung melibatkan 452,647 orang secara fizikal dan 36,015 secara dalam talian,” katanya.

Menurutnya kehadiran pengunjung daripada pelbagai golongan ini membuktikan bahawa program ini amat memberi manfaat kepada rakyat bukan hanya untuk mendapatkan barangan keperluan asas malah mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan bidang pertanian.

“Kehadiran pengunjung ini juga adalah bukti sokongan mereka kepada iltizam kerajaan dalam menghargai jasa dan sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang merupakan wira negara yang sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan negara mencukupi,” katanya. – 12 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related