KUALA LUMPUR — Sembilan gerai makanan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson malam tadi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.16 malam dan bergegas ke tempat kejadian.
“Ia melibatkan empat lot gerai yang musnah terbakar 100%, lima lot gerai terbakar sebanyak 25% manakala tujuh gerai berjaya diselamatkan.
“Setiap gerai berstruktur kayu itu mempunyai keluasan 10×10 kaki persegi,’’ katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Kamal, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut dan api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 11 malam. – 12 November, 2023