‘Bukan saya buat dosa buka hijab atau dedah aurat’: Neelofa komen isu…

Menurut Neelofa, dia juga sudah berbincang dengan suaminya, PU Riz sebelum mengambil tindakan itu

11:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial apabila selebriti dan usahawan popular, Neelofa memuat naik fotonya tidak berpurdah yang dihasilkan melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).

Foto itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sama ada yang menyukai atau sebaliknya.

Mengulas mengenai perkara itu, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, ia tidak perlu dijadikan isu kerana foto terbabit bukan dirinya yang sebenar.

“Saya sedar banyak maklum balas saya terima mengenai foto itu. Pertama sekali, foto AI itu bukan saya. Ia kelihatan macam saya. 

“Kedua, bukannya saya membuat dosa dengan membuka hijab atau mendedahkan aurat. 

“Saya dah berbincang dengan suami terlebih dahulu mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa. 

Dia berkata, foto digunakan sebagai kempen jenama tudung Naelofar itu bukanlah keputusan daripada pasukan kerjanya semata-mata, tetapi mendapat kebenarannya terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya yang mencadangkan supaya wajah AI itu menggunakan wajah saya. Pada mulanya mereka guna wajah orang lain entah siapa-siapa.

“Jadi saya beritahu mereka, kenapa tidak gunakan wajah saya sahaja. Lagipun ia hanyalah teknologi AI,” jelasnya. 

Neelofa juga menyangkal kata-kata negatif bahawa foto AI itu adalah antara langkah awalnya untuk menanggalkan purdah. 

Sambil beristighfar Neelofa memohon agar semua mendoakannya terus kekal dengan imej berpurdah.

“Walaupun suami saya sangat fleksibel dan menyokong saya dalam perjalanan saya memakai pudah ini, saya gembira dengan diri saya hari ini.

“Insha-Allah semoga Allah beri kekuatan untuk saya kekal macam ini. Semoga dengan imej seperti ini, saya boleh buat banyak lagi kebaikan di luar sana, sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya,” ujarnya. 

Bercerita mengenai kolaborasi terbarunya bersama air minuman Moma, kata Neelofa, dia memang mengamalkan meminum air putih dan sangat berbangga apabila ada jenama tempatan setanding jenama antarabangsa.

“Sejak dari zaman Dewi Remaja, kalau orang tanya saya mengenai rahsia kecantikan, saya akan beritahu saya hanya minum air putih. Saya memang suka minum air putih berbanding air manis. Boleh tanya ibu saya. Kalau pergi kedai mamak pun saya akan minum air putih dan saya akan sentiasa bawa air ke mana saya pergi.

“Sejak menyusu badan, saya sering kehausan selepas setiap kali mengepam susu. Jadi saya akan sentiasa minum air putih. 

“Satu yang saya suka mengenai Moma, jenama ini setanding jenama antarabangsa dan menggunakan sumber air dari Sibu, Sarawak.

“Air minuman Moma ini juga menjadi pilihan syarikat penerbangan Singapore Airlines, berbanding jenama lain,” kongsinya yang turut terbabit dalam rekaan corak botol air berkenaan. – 10 November 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related