Syed Saddiq letak jawatan presiden Muda

Tugas beliau akan diambil alih oleh timbalannya, Amira Aisya Abd Aziz

5:35 PM MYT

 

PETALING JAYA — Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden parti Muda berkuatkuasa serta-merta selepas didapati bersalah dalam kes pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah (CBT) dan salah guna dana berjumlah RM1.12 juta.

Tugas beliau akan dipangku oleh timbalannya, Amira Aisya Abd Aziz.

Keputusan sebulat suara itu dibuat susulan mesyuarat yang diadakan dengan anggota parti itu selepas keputusan mahkamah hari ini.

“Untuk menjadi presiden Muda, apa yang diperlukan daripada menjadi pembina negara di mana kita berkongsi visi menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Malah pada hari ini, saya tidak akan melibatkan diri atau dilibatkan lagi dalam mana-mana keputusan dalam parti Muda dan yang berkaitan dengan masa depan Muda, namun saya akan terus mendukung parti itu sebagai ahli,’’ katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Muda hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu bagaimanapun berkata beliau mengosongkan jawatan presiden serta-merta sementara membersihkan namanya menerusi proses mahkamah.

“Saya rasa penting untuk akui Muda ini lebih besar daripada seseorang dan pada masa sama I need to walk the talk. Ini soal prinsip.

“Apabila saya sertai politik, saya nak bersihkan politik di tanah air tercinta, tetapi apabila sudah ada kes di Mahkamah Tinggi walaupun ada dua lagi peringkat rayuan, saya perlu meletakkan threshold pada diri saya sama seperti saya mengharapkan threshold tersebut untuk ditingkat bagi politik tanah air kita,’’ katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas didapati bersalah atas empat tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bagaimanapun beliau hanya akan menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun selepas hukuman ke atas tuduhan pengubahan wang haram berjalan serentak.

Syed Saddiq didakwa di mahkamah pada 2021 atas empat tuduhan.

Perbicaraan berkenaan bermula pada Jun tahun lepas dan hakim mengarahkan Syed Saddiq untuk membela diri pada Oktober tahun yang sama. – 9 November, 2023


Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related