‘Dia jaga saya dari kecil, anggap macam anak kandung’

Menurut Nifail, bapanya sempat berpesan agar belajar bersungguh-sungguh dan jangan tinggal solat

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahmad Nifail, 17, anak bongsu bekas vokalis Jinbara, Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria amat bersedih dengan pemergian bapanya akibat barah hati.

Menurutnya, dia sangat rapat dengan bapanya itu kerana dijaga dan dicurahkan dengan kasih sayang sejak berusia tiga tahun.

“Dia jaga saya dari kecil dan anggap saya seperti anak kandungnya sendiri. Dia juga sering melawat saya di asrama setiap hujung minggu.

“Kali terakhir saya jumpa arwah Ahad lepas di hospital. Saya sedang melalui peperiksaan percubaan  SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia),” katanya ketika ditemui Scoop semasa pengebumian Tia di sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, Nifail berkata, dia menerima panggilan mengenai berita pemergian bapanya selepas selesai menduduki kertas terakhir peperiksaan percubaan SPM semalam.

Anak-anak Tia ketika pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang, pagi ini. – Gambar Scoop/9 November, 2023

“Semalam kertas terakhir saya. Tiba-tiba saya dapat panggilan mengatakan arwah sudah tiada.

“Arwah sempat berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh dan jangan tinggal solat,” katanya.

Kongsi Nifail lagi, arwah bapanya itu pernah berhasrat untuk menunaikan ibadah haji tetapi hajatnya tidak kesampaian.

Dalam pada itu, isteri Tia, Suzan Ahmad menyifatkan arwah seorang suami dan bapa yang sangat baik.

“Dia tak pernah anggap anak-anak saya sebagai anak tirinya. Dia akan kata mereka adalah anaknya. Malah dia pernah bertanya kepada saya, adakah anak-anak menganggapnya sebagai bapa tiri?

“Dia seorang bapa yang penyayang tetapi sangat tegas, terutamanya berkaitan solat. Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang media, saya sering sibuk di pejabat. Arwah yang banyak luang masa bersama anak-anak.

“Malah dia sanggup batalkan persembahan pada malam hari, untuk hantar anak pergi kelas tuisyen,” katanya.

Tia disahkan meninggal dunia akibat barah hati pada jam 9.12 malam tadi di Hospital Shah Alam (HSA), Selangor.

Dari kiri: Nifail, Qystina Nayli dan Ahmad Naqiuddin. – Gambar Scoop/9 November, 2023

Berita duka itu dimaklumkan Suzan menerusi pesanan ringkas kepada Scoop.

“Assalamualaikum. Tia sudah tiada, katanya.

Terdahulu, Tia menerima rawatan di HSA sejak Rabu minggu lalu, selepas dibawa isterinya kerana mengalami sakit perut.

Media melaporkan, Tia memerlukan RM250,000 yang sedang disumbangkan banyak pihak bagi membolehkannya melakukan pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, India, dengan Suzan bersedia mendermakan hatinya.

Dia menyertai Jinbara pada 2007 dan popular dengan lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang dan Patri.

Tia berkahwin dengan Suzan pada 2009 tetapi tidak dikurniakan anak.

Namun, dia membesarkan anak tirinya, Ahmad Naqiuddin, 22, Qystina Nayli, 20 dan Ahmad Nifail, 17, yang masing-masing kini menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) serta Sekolah Menengah Sains (SMS) Banting. – 9 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related