1MDB-Goldman Sachs: AGC failkan balasan kepada LCIA

AGC turut sudah mengemukakan sesalinan balasan tersebut kepada pihak Goldman Sachs

8:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) semalam berhubung permohonan untuk timbang tara pelaksanaan perjanjian penyelesaian antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs Group, Inc (Goldman Sachs).

AGC menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan pihaknya juga telah mengemukakan sesalinan balasan tersebut kepada pihak Goldman Sachs.

Menurutnya, berdasarkan Artikel 2.1 Peraturan LCIA, Kerajaan Malaysia hendaklah memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh Permohonan Untuk Timbang Tara tersebut difailkan.

“Pada 11 Oktober 2023, Goldman Sachs menamakan Kerajaan Malaysia sebagai Responden dalam satu Permohonan Untuk Timbang Tara yang difailkan di LCIA.

“Permohonan Untuk Timbang Tara itu adalah bagi mendapatkan relif-relif tertentu yang dikatakan berbangkit daripada pelaksanaan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 18 Ogos 2020 yang telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad dan Goldman Sachs,” katanya.

AGC turut memaklumkan komited dalam memastikan kepentingan kerajaan sentiasa dilindungi dan kekal terpelihara sepanjang prosiding berkaitan permohonan untuk timbang tara yang difailkan Goldman Sachs itu. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related