Roger Ng beri kerjasama baik kepada polis: Ayob Khan 

Timbalan ketua polis negara berkata polis masih mengesan aset-aset lain yang mungkin ada di luar negara

5:03 PM MYT

 

IPOH – Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs Roger Ng memberi kerjasama baik kepada polis berhubung siasatan berkaitan pemulangan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di dalam dan luar negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata siasatan terhadap Ng merupakan satu proses berterusan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi mengesan aset-aset lain yang mungkin ada di luar negara.

“Apa yang saya nak tekankan, kerjasama yang diberi Roger Ng memang baik kepada kita. Insya-Allah kita akan teruskan usaha mengesan aset-aset 1MDB kalau ada lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-54 69 Komando Pasukan Gerakan Khas di Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan perkembangan terkini mengenai siasatan terhadap Ng dan aset 1MDB yang telah dikenal pasti pihak polis.

Sebelum ini, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini. 

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ayob berkata 129 syarikat syarikat tempatan menyertai tender bagi membekalkan kamera badan kepada polis dan telah dinilai di peringkat jawatankuasa fasa penilaian akhir oleh jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata polis akan menerima lebih 7,000 unit kamera badan bersama peralatan perkakasan antaranya docking station, charging hub, application server, ethernet switch dan “disaster recovery center server”.

“Keseluruhan perolehan ini dianggarkan RM30 juta dan kita jangkakan seawal tahun depan benda ini (kamera badan) kita akan peroleh secara berperingkat.

“Insya-Allah selepas PDRM dijangka memperolehi kamera badan selepas surat setuju terima (tandatangan) oleh syarikat yang berjaya memperoleh tender itu. Insya-Allah awal tahun 2024 ataupun selewat-lewatnya awal tahun 2025 (kamera badan digunakan),” katanya.

Berkenaan majlis hari ini, beliau berkata 36 peserta terdiri daripada dua pegawai kanan polis dan 34 pegawai rendah polis berjaya menamatkan latihan Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2023 yang diadakan selama 19 minggu bermula 12 Jun hingga 4 November tahun ini. – November 8, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related