Draf perundangan Cukai Barangan Bernilai Tinggi di peringkat akhir: Ahmad Maslan

Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi kini masih di peringkat simulasi

11:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan dasar dan draf perundangan mengenai Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi kini masih di peringkat simulasi kerana ia merupakan sebuah langkah cukai yang baharu diperkenalkan dan bakal dilaksanakan.

“Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi adalah melalui penggubalan perundangan baharu iaitu Rang Undang-undang Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang akan dibentangkan nanti.

“Dasar perundangan perlu dirangka dan digubal dengan teliti supaya cukai dapat dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi amalan dan prinsip percukaian semasa dan tidak memberi kesan negatif,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad berkata jumlah wang tidak dituntut yang terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM11.9 billion.

Beliau berkata kerajaan juga akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Wang Tidak Dituntut (WTD) dan orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dan mengakses WTD untuk mendapatkan wang masing-masing.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related