G-Dragon nafi ambil dadah, Sun Gyun pula akui diperdaya seorang kenalan

Kedua-duanya disoal siasat polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan elit di Gangnam

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapper dan penyanyi Korea Selatan, G-Dragon tampil secara sukarela di Jabatan Polis Metropolitan Incheon, hari ini untuk disoal siasat berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

G-Dragon bagaimanapun menafikan mengambil bahan terlarang itu.

“Laporan jenayah berkaitan dadah terhadap saya adalah palsu. Saya datang ke sini untuk mendedahkan perkara yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan balai polis.

Malah, G-Dragon juga mengakui tidak pernah melunturkan dan mewarnakan rambutnya ketika pergi ke sebuah pusat hiburan elit di Gangnam.

“Saya tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, aktor Lee Sun Gyun yang turut dikaitkan dengan dakwaan penyalahgunaan dadah berkata, bahan terlarang itu diberikan kepadanya oleh seorang kenalan yang juga pengurus besar wanita di pusat hiburan elit berkenaan.

Sewaktu disoal siasat untuk kali kedua di Balai Polis Incheon Nonhyeon, Sun Gyun berkata, dia dibekalkan bahan terlarang itu tanpa pengetahuannya.

“Dia menipu saya dan memberi saya sesuatu. Saya tidak tahu ia dadah,” katanya.

Selepas disoal siasat selama tiga jam, pelakon itu meninggalkan balai polis dan memberitahu pemberita bahawa dia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menjawab semua soalan dengan jujur.

Netizen di Korea Selatan bagaimanapun memberikan reaksi kecewa dengan kehadirannya di pusat hiburan elit tersebut.

“Mengapa seorang pelakon yang sudah berkahwin dengan status terkenal seperti itu perlu meluangkan masa dengan pengurus besar yang tidak begitu dikenalinya di sebuah pusat hiburan?

“Saya hanya ketawa, memikirkan cara dia cuba untuk melindungi imejnya.

“Awalnya, dia mengatakan dia tidak bersalah dan kini dia menukar beberapa cerita dan mengakui dia telah melakukannya?

“Ini menjadikan imejnya lebih teruk.

“Adakah dia cuba memberitahu bahawa dia benar-benar tidak tahu perbezaan antara ganja dan rokok?”

“Kenapa dia ada di tempat itu?” soal netizen. – 6 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related