Mayat bayi perempuan dijumpai dalam tandas surau

Mayat bayi itu dijumpai oleh beberapa penduduk kawasan itu yang terhidu bau busuk dari dalam salah satu tandas surau berkenaan

7:06 PM MYT

 

JERTIH – Penduduk sekitar kawasan Rumah Awam Pengkalan Nyireh di sini gempar susulan penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tandas sebuah surau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mayat bayi itu dijumpai oleh beberapa penduduk kawasan itu yang terhidu bau busuk dari dalam salah satu tandas surau berkenaan pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata beberapa orang awam kemudiannya masuk ke dalam tandas itu untuk memeriksa dan mereka menemukan satu baldi berwarna merah dalam keadaan telungkup di lantai tandas.

“Saksi kemudian membuka baldi itu dan ternampak mayat bayi di dalam plastik warna jernih, lalu mereka memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) surau yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan oleh sepasukan pegawai serta anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu mendapati mayat bayi perempuan itu dalam keadaan cukup sifat, dan tiada kecederaan ketara dikesan pada mayat.

“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau, bayi itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam,” katanya dan menambah mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Abdul Rozak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related