Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara

Amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di seluruh negara dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca buruk itu akan berlarutan sehingga jam 9 malam ini.

“Amaran itu dikeluarkan di Perlis, Kedah, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

“Manakala di Selangor membabitkan kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga diramal berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat hanya di Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) selain Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat) dan Labuan,” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related