Tiada laporan kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan: Armizan

Pemantauan pasukan penguatkuasa KPDN semalam mendapati ayam standard di Semenanjung dijual pada harga serendah RM5.79 per kilogram (kg)

4:42 PM MYT

 

KAJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga bagi bahan mentah itu bermula Rabu lepas.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemantauan pasukan penguatkuasa kementerian itu sehingga semalam mendapati ayam standard di Semenanjung dijual pada harga serendah RM5.79 per kilogram (kg).

“Bagaimanapun ada juga yang dijual sedikit tinggi sehingga RM10.50 per kg seperti di Mentakab, Temerloh serta Pasar Awam Matang, Perak dan pasukan penguat kuasa sentiasa memantau perkara itu kerana kita mengambil pendekatan libat urus dengan peniaga, bukannya terus mengambil tindakan perundangan.

“Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, saya mendapat arahan terus daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turun memantau harga di sana kerana beliau mendapat makluman harga ayam lebih mahal berbanding Semenanjung,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, di sini hari ini.

Armizan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati situasi di Sabah sedikit unik memandangkan ayam bersih super lebih popular di negeri itu berbanding ayam standard. 

“Jadi memang harganya (ayam super) mahal sedikit berbanding ayam biasa dengan paling murah dijual pada harga RM10 dan boleh mencecah RM13.90 per kg, namun hakikatnya harga itu pun lebih rendah daripada harga kawalan di Sabah dahulu iaitu RM11.30 per kg.

Beliau berkata harga ayam bersih di Sarawak pula boleh didapati pada serendah RM9.90 per kg namun mencecah RM18.90 di beberapa kawasan seperti Lawas dan Limbang kerana desakan kos logistik.

Pada masa sama katanya KPDN turut melakukan intervensi menerusi penganjuran Jualan Rahmah dan Agro Madani di kawasan yang berdepan isu bekalan ayam dan harga. 

“Namun saya nak maklum juga hakikatnya dari dahulu lagi harga ayam di Semenanjung memang lebih murah berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan atas beberapa faktor dan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan harga ini pastinya memerlukan sedikit masa dan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengulas laporan media berkaitan harga barangan keperluan asas meningkat sehingga 64 peratus di Pulau Pinang, Armizan berkata KPDN memantau rapi isu itu dan telah mengeluarkan tiga notis maklum balas kepada peniaga meminta penjelasan punca harga dinaikkan pada kadar kurang wajar. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related