Nama dan lambang PKR sudah dikeluarkan dari laman web Liberal International

Di bawah senarai anggota di Asia, nama PKR tidak lagi disenaraikan. Bagaimanapun gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu Gerakan, masih tersenarai

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemerhatian yang dijalankan di laman web Liberal International mendapati nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lambang parti berkenaan telah dikeluarkan dari laman web pertubuhan itu.

Di bawah senarai anggota di Asia, nama PKR tidak lagi disenaraikan. Bagaimanapun gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu Gerakan, masih tersenarai.

Liberal International adalah persekutuan global ‘parti politik liberal’.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau telah menghubungi pertubuhan tersebut dan meminta supaya nama serta logo PKR dikeluarkan dari laman web Liberal International, memandangkan parti berkenaan bukan anggota pertubuhan terbabit.

“Kita bukan ahli, kita tak pernah bayar apa-apa yuran keahlian kepada badan itu. Nama dan lambang kita perlu dikeluarkan daripada laman web itu,” kata Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital pada majlis sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di sekitar Lembah Pantai, semalam.

Ia susulan tindakan Liberal International yang memberikan sokongan kepada Israel dan mengecam Hamas pada 7 Oktober lalu.

Semalam, Fahmi berkata PKR bukan sebahagian daripada Liberal International walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah hadir ke majlis atau program Liberal International atas jemputan.

PKR juga tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan oleh pertubuhan yang berpangkalan di UK itu, tambah Fahmi.

Sementara Setiausaha Agung Gerakan, Loh Kah Yong dalam satu kenyataan berkata parti itu tidak akan teragak-agak untuk menarik diri daripada pertubuhan itu jika ia tidak menarik balik kenyataan menyokong Israel. – 5 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related