Peguam enggan terima maaf, ‘adakah Petronas Twin Towers serius atau sekadar cukup syarat saja’

Menurut Shamsuddin, hantaran di Facebook rasmi pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar Petronas itu tidak merujuk kepada apa yang berlaku seperti ditulisnya

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi memaklumkan selepas lebih 24 jam insiden mat salih potong ‘Q’ di Sky Bridge tular, pihak pengurusan Petronas Twin Towers masih belum membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari ini, tiada usaha dilakukan pihak terbabit sama ada menghubunginya terus atau melalui media sosialnya.

“Masih tiada permohonan maaf secara terus kepada saya.  Malam tadi saya juga sudah memuat naik hantaran mengenai perkara ini. Jadi kita tunggu sajalah hari ini, tak lama nak masuk 48 jam dah lepas insiden itu.

“Kita tidak tahu sama ada satu permohonan maaf di Facebook oleh Petronas Twin Towers layak dianggap permohonan maaf dan sama ada mereka serius dalam tindakan itu atau sekadar ‘cukup syarat’ sahaja,” katanya kepada Scoop, hari ini.

Malam tadi Shamsuddin memuat naik satu lagi hantaran selepas permohonan maaf dibuat pihak Petronas Twin Towers menerusi Facebook rasminya tular dan memaklumkan beliau tidak dapat menerima permohonan maaf seumpama itu.

“Setelah 24 jam berlalu dari posting (hantaran) yang telah saya pinned di wall saya, ramai kata Petronas Twin Tower sudah memohon maaf. Saya baca ianya langsung tidak merujuk kepada apa yang berlaku seperti yang saya tuliskan.

Hantaran permohonan maaf yang dimuatnaik di Facebook rasmi Petronas Twin Towers yang tular sejak semalam. – Gambar Facebook, 5 November, 2023

“(Hantaran itu) Tidak juga merujuk kepada insiden yang berlaku atau pun mengenai posting (hantaran) saya. Jadi Petronas Twin Towers memohon maaf mengenai apa? Kepada siapa?

“(Mereka) Tidak juga merujuk kepada insiden seperti masa dan tarikh yang saya sebut atau pun kepada tiket yang saya paparkan serta gambar dua orang yang saya juga paparkan. Saya tidak dapat terima memohon maaf itu,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, peguam terbabit mempertikaikan layanan tidak adil petugas Menara Berkembar Petronas apabila memberi keutamaan kepada pelancong asing memotong barisan untuk menaiki Sky Brigde.

Beliau mendakwa, dia dan anaknya yang berusia lapan tahun sudah beratur sejak jam 2 petang dan menunggu giliran sehingga jam 3.45 petang sebelum tiket masuk dapat diimbas.

Bagaimanapun, Shamsuddin berkata, beliau terkejut apabila pasangan mat salih yang sepatutnya menaiki Sky Brigde pada jam 4.15 petang dibenarkan untuk pergi lebih awal.

Susulan itu , Petronas Twin Towers menerusi Facebook rasminya semalam memuat naik hantaran memaklumkan pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar Petronas membuat permohonan maaf atas insiden yang berlaku.

“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera. Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” katanya. – 5 November, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related