Tia Jinbara disahkan menghidap barah hati, perlu dapatkan rawatan lanjut dengan pakar

Tia dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu selepas mengadu sakit perut berpanjangan, demam dan mudah penat, tapi keadaannya kini stabil

11:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, atau lebih dikenali sebagai Tia dimasukkan ke Hospital Shah Alam selepas disahkan menghidap barah hati.

Menurut isterinya, Suzan Ahmad, penyanyi yang popular dengan lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang dan Patri itu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menunggu saranan pakar untuk rawatan lanjut di Hospital Selayang.

Tia sedang menerima pemeriksaan rutin di wad pembedahan pesakit lelaki, Hospital Shah Alam. – Gambar Suzan Ahmad/Scoop, 5 Oktober, 2023

“Tia dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu selepas mengadu sakit perut berpanjangan, demam dan mudah penat.

“Alhamdulillah, keadaannya stabil dan sebagai isteri saya sedar perkembangan ini kedengaran agak menakutkan,” katanya yang juga Sub Editor Kanan, portal Scoop.

Kali terakhir penyanyi kelahiran Felda Soeharto, Hulu Selangor itu muncul di khalayak adalah pada Ogos lalu, sempena sambutan bulan kemerdekaan di Melaka.

Bercakap secara eksklusif kepada Scoop, Suzan memohon peminat mendoakan agar suaminya diberi kesembuhan segera.

Anak-anak Tia (dari kiri), Ahmad Nifail, Qystina Nayli dan Ahmad Naqiuddin. – Gambar Suzan Ahmad/Scoop, 5 Oktober, 2023

Peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu berkahwin dengan Suzan yang juga bekas wartawan hiburan BH pada 2009, dan tidak dikurniakan anak.

Namun, Tia membesarkan tiga anak tirinya, Ahmad Naqiuddin, 22, Qystina Nayli, 20, dan Ahmad Nifail, 17. – 5 November, 2023

Topics

 

Popular

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

No instant KPI: BAM gives Herry IP time to shape Malaysia’s doubles future

BAM allows new men’s doubles head coach Herry Iman Pierngadi time to familiarise himself with the players, culture before expectations are defined

Related