Kontroversi dialog drama Surat Dari Tuhan: Akhirnya penulis skrip tampil bersuara, katanya…

Rozie bagaimanapun enggan mengulas mengenai promo video dialog keterlaluan ditularkan pihak TV3 sehingga mendapat kecaman ramai serta teguran Ustazah Asma’

9:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setelah lama mengunci mulut, akhirnya pelakon yang kini bergelar penulis skrip, Rozie Rashid tampil membuat kenyataan berhubung kontroversi ‘dialog keterlaluan’ dalam drama bersiri, Surat Dari Tuhan.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagramnya, Rozie yang juga seorang daripada penulis skrip drama bersiri arahan Pali Yahya itu berkata, sebagai penggiat berpengalaman bidang penulisan, dia sedar tanggungjawabnya dan tidak akan sewenang-wenangnya menulis tanpa memikirkan akibat buruk.

“Saya sudah lama berlakon dan menulis. Insya-Allah, saya masih sedar apa yang boleh dan apa tidak boleh. Adakah sebagai penulis senior saya sanggup berbuat begitu?

“Saya dan team (pasukan) mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas naskhah asal karya kami dan sentiasa menerima komen membina. Komen negatif terhadap penulis, saya harap akan mendapat pembelaan,” katanya.

Rozie bagaimanapun enggan mengulas mengenai promo video ‘dialog keterlaluan’ ditularkan pihak TV3, sehingga mendapat kecaman ramai serta teguran daripada pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.

“Berhubung dengan clipping yang mengundang kemarahan, saya sudah diminta untuk tidak memberikan sebarang komen,” katanya.

Namun, dia juga berterima kasih kepada semua yang memberikan teguran ikhlas terhadap sedutan drama ‘Surat Dari Tuhan’ yang tular itu.

“Terima kasih juga kepada komen positif dan negatif yang dilemparkan kepada penulis skrip drama terbabit,” katanya.

Kontroversi Surat Dari Tuhan tercetus susulan tular promo video memaparkan dialog di antara Janna dan Sheila Mambo yang dilakonkan di sebuah bilik hotel berhampiran Masjid Nabawi, Madinah.

Dialog itu berbunyi ‘Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasulullah ni, aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni, kau mampus’.

Video mengandungi dialog berkenaan kemudiannya mengundang kecaman netizen dan ustazah Asma’ terpanggil memberikan teguran secara live (langsung) kerana kata-kata itu dianggap tidak sesuai diucapkan di Tanah Suci, apatah berhampiran makam Rasulullah SAW.

Drama bersiri 30 episod terbitan Macha All Star United Sdn Bhd dan hasil skrip karya Rozie Rashid dan Soula Nordin itu, sedang ditayangkan di Slot Samarinda, TV3.

Selain Janna Nick dan Sheila Mambo, ia turut dibintangi Shukri Yahya, Ummi Nazeera, Trisha Ooi, Qistina Raisah serta Wanns Ahmad.

Kaki Scoop: Rasa bingung pula. Adakah skrip karya Rozie Rashid dan Soula Nordin ini sebenarnya diubah pihak tertentu? – 4 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related