Baru sahaja lancar album Aura, Ernie Zakri mahu lebar sayap ke Indonesia pula

Menurut Ernie, sudah ada pihak di Indonesia berminat menjadikan lagu 'Masing-Masing' sebagai lagu tema sebuah sinetron di sana

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baru sahaja muncul dengan album solo keduanya berjudul Aura, penyanyi popular, Ernie Zakri memasang impian untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia pula.

Malah kata Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, sudah ada pihak di sana yang ingin mengambil salah satu lagu di dalam album Aura untuk dijadikan lagu tema sebuah sinetron.

Barisan komposer dan penulis lirik album Aura. – 4 November, 2023

“Salah satu cita-cita saya adalah untuk melebarkan sayap ke luar negara dan negara pertama yang menjadi sasaran saya adalah Indonesia.

“Untuk menembusi pasaran muzik di sana agak sukar. Mereka mempunyai ramai penyanyi yang berbakat yang belum habis diterokai pun.Tetapi kami dalam usaha ke arah itu.

“Ada pihak di sana yang sudah menunjukkan minat untuk memilih lagu dalam album Aura ini yang berjudul ‘Masing-Masing’ untuk dijadikan lagu tema sinetron. Doakan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran album Aura.

Laluan untuk Ernie ke Indonesia mungkin sedikit mudah selepas lagu duetnya bersama Govinda iaitu Hal Hebat mendapat sambutan dan pujian ramai.

Malah Ade Govinda turut mencipta sebuah lagu untuk Ernie di dalam album Aura yang berjudul ‘Masing-Masing’.

Ernie dan suaminya, Syamel turut terlibat dalam pembikinan beberapa lagu lain. – Gambar Universal Music Malaysia, – 4 Disember, 2023

Bercerita mengenai album terbarunya, Ernie mengambil masa selama 12 tahun untuk hasilkan album baru selepas kali pertama menghasilkan album 2011.

“Memang tempoh masa ini agak panjang. Album pertama saya dulu kurang mendapat sambutan. Nama saya pula hanya betul-betul dikenali beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya sendiri pernah hampir meletakkan noktah dalam kerjaya nyanyian dan hanya ingin bekerja di belakang tabir.

“Tetapi ibu saya yang banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat. Katanya sabar dahulu, it’s not your time yet (masa awak untuk berbuat demikian belum tiba lagi),” katanya.

Album Aura memuatkan 10 lagu baru hasil ciptaan pelbagai komposer dan penulis lirik ternama tanah air, antaranya Faizal Tahir, Amylea Azizan, Helen Yap, Ezra Kong, Aubrey Suwito, Firdaus Rahmat, Rozi Sang Dewi dan ramai lagi.

Malah Ernie dan suaminya, Syamel turut terlibat dalam pembikinan beberapa lagu lain.

“Saya rasa pembikinan sebuah album itu lebih menarik dan bagus dengan adanya ramai pengkarya terlibat. Saya nak mencipta ‘flavour’ di dalam album ini.

“Saya sendiri yang hubungi setiap komposer di dalam album ini untuk mereka hasilkan lagu untuk saya. Saya rasa lebih indah dan cantik sesebuah album itu apabila kita dapat bekerja dengan ramai komposer. Secara peribadi ini adalah satu pencapaian buat saya.

“Antara sebab lain adalah kerana saya inginkan kelainan dalam muzik saya kali ini. Dan komposer-komposer ini tahu bagaimana caranya. Di usia 31 tahun ini saya mahu muzik saya menjadi lebih matang,” katanya.

Ernie juga menyifatkan album itu sebagai buku cerita kehidupannya dan berharap agar mesej melalui setiap lagu sampai kepada pendengar.

“Setiap satu lagu dalam album ini sangat bermakna untuk saya. Tiada satu pun lagu yang boleh dianggap sebagai ‘filler’. Sebab itu jika tanya saya, mana satu lagu yang menjadi ‘personal favourite’, saya tak boleh nak jawab.

“Apa yang penting, mesej yang saya ingin sampaikan kepada pendengar. Seperti tajuk album ini iaitu Aura, saya mahu sebarkan aura yang positif kepada pendengar. Salah satunya menerusi lagu Aura yang saya tulis sendiri bersama Firdaus Rahmat dan John Jeeves,” katanya. – 4 November, 2023

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related