Tiada pagar, perobohan rumah di Kg Sg Baru: Setiausaha Politik PM

Tanah di Kg Sg Baru dianggap milik kerajaan sejak 2021 apabila ia secara rasmi mengambil alih kawasan Melayu berkenaan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Permohonan pemaju hartanah swasta, Ritzy Gloss Sdn Bhd untuk mendirikan pagar kawat di sekitar hartanah di Kg Sg Baru yang terbabit dalam projek pembangunan semula kawasan berkenaan, ditolak Jabatan Perdana Menteri.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, permohonan itu dikemukakan pada 31 Oktober lalu, iaitu hari penduduk sepatutnya keluar dari kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada projek terbabit dijalankan.

Tanah di Kg Sg Baru dianggap milik kerajaan, susulan kelulusan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) terhadap permohonan Ritzy Gloss pada 2021 untuk kerajaan mengambil milikan rasmi tanah di kawasan Melayu, menggunakan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960.

“Pemaju (Ritzy Gloss) memohon untuk mendirikan pagar, tetapi kami menolak (permohonan itu) kerana tanah terbabit bukan milik mereka lagi. Dari segi undang-undang, tanah itu milik kerajaan,” katanya kepada Scoop.

Dia berkata, Ritzy Gloss mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memohon pemilikan tanah kerana di bawah LAA, ia membayar deposit sebanyak 150 peratus daripada nilai tanah.

Namun, mereka perlu mengikut proses betul untuk memperoleh tanah itu daripada kerajaan terlebih dahulu.

Azman berkata, memandangkan tanah itu kini milik kerajaan, tiada mana-mana pihak, termasuk pemaju boleh ‘mengganggu’ penduduk yang masih tinggal di situ.

“Sebelum ini, penduduk Kg Sg Baru menerima banyak notis pengusiran daripada Pentadbir Tanah Kuala Lumpur yang terbaharu mengarahkan pemilik tanah mengosongkan kediaman mereka pada 19 Oktober lalu,” katanya.

Manakala, Azman sebelum ini memberitahu Scoop bahawa tarikh pengusiran ditangguhkan kepada 31 Oktober.

Sebelum ini, penduduk Kg Sg Baru menerima banyak notis pengusiran daripada Pentadbir Tanah Kuala Lumpur yang terbaharu mengarahkan pemilik tanah mengosongkan kediaman mereka pada 19 Oktober lalu – Azim Rahman/Scoop, 3 November, 2023

“Sebenarnya kita beri mereka (penduduk) sehingga 31 Oktober untuk berpindah keluar, tetapi memandangkan tanah itu kini milik kerajaan, kita tidak akan memaksa mereka (mengosongkan rumah mereka).

“Kami hanya akan menghantar notis pengusiran yang memaklumkan (penduduk) bahawa mereka tinggal di atas tanah kerajaan.

“Ini prosedur biasa. Kami tidak akan mengambil sebarang tindakan penguatkuasaan. Tidak mungkin kerajaan akan merobohkan rumah untuk memaksa penduduk pindah keluar,” kata Azman kepada Scoop pada 2 November.

Selain itu, Azman mengesahkan Jabatan Perdana Menteri yang menyelia hal Wilayah Persekutuan selepas penstrukturan semula langkah di bawah kepimpinan Anwar, sudah menerima surat hasrat daripada sebuah syarikat yang berminat mengambil alih projek terbabit daripada Ritzy Gloss.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan campur tangan dalam perkara membabitkan perjanjian antara entiti swasta.

Pada 29 Oktober lalu, Jawatankuasa Bertindak Rumah Teres dan Pemilik Flat Kg Sg Baru mengumumkan, ia didatangi beberapa firma pembangunan yang menyatakan kesediaan menawarkan pampasan lebih tinggi kepada penduduk, sekiranya mereka berjaya mengambil alih projek itu daripada Ritzy Gloss.

“Pemaju yang berminat juga bersetuju memberikan pampasan RM950 sekaki persegi kepada pemilik rumah dan rumah pangsa, nilai yang jauh lebih tinggi daripada pampasan RM450 sekaki persegi yang ditawarkan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (Kementerian Kewangan).

“Pampasan ditawarkan pemaju yang berminat akan diberikan kepada pemilik tanah yang rumah mereka diwartakan di bawah LAA, mereka yang kediamannya tidak diwartakan dan penduduk yang menerima tawaran awal Ritzy Gloss,” kata pengerusi jawatankuasa itu, Lele Suzana.

Terletak tidak jauh dari Jambatan Saloma Link dan stesen transit aliran ringan (LRT) Kg Baru, Kg Sg Baru terdiri daripada 98 rumah teres pegangan pajak dan 264 unit flat di lapan blok – Azim Rahman/Scoop, 3 November, 2023

Semalam, Scoop melaporkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa kerajaan segera memulakan projek pembangunan semula yang terhenti, memandangkan majoriti penduduk di kawasan berkenaan bersetuju untuk meneruskannya.

Terletak tidak jauh dari Jambatan Saloma Link dan stesen transit aliran ringan (LRT) Kg Baru, Kg Sg Baru terdiri daripada 98 rumah teres pegangan pajak dan 264 unit flat di lapan blok.

Sebanyak 27 rumah teres dan 192 pemilik unit flat menerima tawaran Ritzy Gloss, manakala 37 teres serta 72 flat dikenakan LAA.

Pemilik hartanah bawah berpendapat bahawa memandangkan nisbah keluasan tanah mereka harus dipertimbangkan dengan nilai lebih tinggi, undi mereka dalam perkara itu harus diutamakan daripada pemilik unit lain di perumahan strata.

Menurut pakar kerajaan tempatan, Derek Fernandez seperti dilaporkan Scoop sebelum ini, Seksyen 3(1)(c) LAA digunakan kerajaan untuk mengawal tanah Kg Sg Baru, mesti dibaca dengan bahagian lain undang-undang bagi perintah pengusiran menjadi berdaya maju dari segi undang-undang.

Kegagalan berbuat demikian, katanya, mungkin menimbulkan keraguan sama ada penduduk terpaksa mematuhi notis pengusiran dikeluarkan badan kerajaan atau sebaliknya.

Terdahulu, Scoop bercakap dengan penduduk Kg Sg Baru, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan peguam mewakili jawatankuasa tindakan mengenai pengalaman pahit di kawasan berkenaan. – 3 November 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related