Tak salah belia hingga 35 tahun sertai PLKN, ramai kurang ‘fit’ jadi…: Alif Satar

Malah katanya, program itu bagus untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia

10:07 PM MYT

 

PETALING JAYA – Selebriti serba boleh, Alif Satar, 33, berpendapat tidak salah bagi belia berusia sehingga 35 tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menurut Alif yang juga bekas ikon PLKN dan pernah menyertai program itu ketika berusia 18 tahun, PLKN berupaya memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia.

“Saya rasa tak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu, kerana ia akan menyebabkan program itu dipandang negatif.

“Saya lihat sekarang ramai mereka yang berusia 30 tahun kurang ‘fit’. Dengan ada program ini, ia boleh membantu mereka menjalani gaya hidup sihat dan berdisiplin,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri, Bukan Sekadar Lafaz.

Tambahnya lagi, program itu bukan sahaja dilaksanakan untuk memperkasakan diri, tetapi juga mengumpul ramai kenalan dari seluruh negara.

Alif Satar bersama dengan pelakon Diana Danielle (kanan) dan penyanyi Suki Low (tengah) sewaktu mereka terlibat dengan program Ikon PLKN beberapa tahun yang lalu – Gambar Instagram Alif Satar, 2 November, 2023

“Selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baru nak mengenal dunia, program ini amat sesuai kerana di sinilah saya berjumpa dengan ramai kawan dari pelbagai latar belakang, yang akhirnya kekal menjadi sahabat saya sehingga hari ini.

“Mereka layan saya seperti sahabat dan bukannya peminat. Jika saya ke Sandakan, Sabah saya akan hubungi sahabat saya dan mereka dengan besar hati menerima kehadiran saya. Ada yang bagi ikan dan sebagainya,” katanya.

Pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu juga menyarankan kepada mereka yang berkelayakan untuk tidak melepaskan peluang menyertai PLKN.

“Bila sesi pendaftaran dibuka, tak perlu fikir panjang. Daftar sahaja!” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada individu berkongsi tangkap layar artikel portal media tempatan mendakwa belia berusia 16 hingga 35 tahun akan dipilih menyertai program itu.

Rentetan itu, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati kerana peluang untuk dipilih menyertai program berkenaan tinggi, walaupun sudah berusia 25 tahun ke atas. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related