PM Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

Perdana Menteri turut mendoakan kedua-dua seniman itu dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT

10:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad yang berdepan masalah kesihatan.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi kedua-dua artis itu di kediaman masing-masing.

Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah pula menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.

Ahmad Farhan Fauzi bersama Fauziah Samad yang menghidap penyakit osteoartritis – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 2 November, 2023

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada mereka bagi membantu urusan perubatan masing-masing.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” kata Anwar. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related