Ratu Cantik, Cassandra Yap akui kejayaan di Miss International 2023 satu sejarah peribadi selepas lalui beberapa kegagalan

Cassandra telah mengharumkan nama negara pada Miss International 2023 apabila mara ke ‘Top 15’, menamatkan kemarau 58 tahun untuk Malaysia menembusi kedudukan tersebut

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ratu cantik Malaysia, Cassandra Yap, 24, menganggap kejayaannya menempatkan diri dalam kedudukan ‘Top 15’ pada pertandingan Miss International 2023  di Tokyo, Jepun baru-baru ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan.

Bahkan, ia turut menjadi sejarah peribadi buat dirinya selepas banyak kali mencuba dan melalui beberapa kegagalan untuk mencipta nama dalam bidang ratu cantik.

“Malaysia mencipta sejarah selepas 58 tahun menanti dan saya pun mencipta sejarah selepas 24 tahun gagal dan mencuba.

“Tiga minggu pertandingan berturut-turut, tiga penghargaan dalam tempoh masa dua bulan, dari negeri di semenanjung hingga ke Sabah, hingga ke peringkat antarabangsa di Jepun.

“Ia adalah perjalanan yang sukar, bukan hanya beberapa bulan, tetapi beberapa tahun di mana saya perlu menakluki diri saya sendiri, membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh mencapai apa yang saya impikan,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram miliknya.

Menceritakan pengalamannya mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss International 2023, Cassandra berkata, dia hanya menjalankan persiapan dalam tempoh singkat iaitu hanya enam hari.

Cassandra bangga kerana dapat membanggakan Malaysia dan juga kampung halamannya di Johor. – Gambar Instagram, 2 November, 2023

“Sejujurnya saya sangat gembira tetapi pada waktu yang sama takut apabila diumumkan sebagai wakil Miss International Malaysia 2023.

‘Jauh di lubuk hati saya, saya tahu bahawa saya perlu mewakili negara dalam waktu yang singkat. Saya perlu menyediakan pakaian untuk tiga minggu, tiada sesi foto untuk minggu pertandingan, tiada latihan catwalk dengan mana-mana pakaian pentas saya, semuanya bermula dari kosong.

“Tetapi, saya sangat berterima kasih kepada semua yang membantu saya sepanjang perjalanan ini, organisasi, keluarga, rakan-rakan dan sokongan PL yang mempercayai saya selama ini.

“Pada mulanya ia cukup sukar dan memberikan tekanan, tetapi saya yakin bahawa kita boleh melakukannya kali ini, saya menunggu saat ini sepanjang hidup saya. “Kalau bukan saya, siapa lagi?”,” katanya.

Cassandra tidak pernah terfikir akan menjadi salah seorang daripada peserta pertandingan Ratu Cantik. – Gambar Instagram, 2 November, 2023

Jelas Cassandra lagi, dia juga sangat gembira kerana dapat membanggakan Malaysia dan juga kampung halamannya di Johor.

Dia juga sangat gembira untuk gadis kecil yang pernah menonton pertandingan ratu cantik  di TV, dan secara diam-diam berharap dapat bertemu salah seorang daripada mereka dalam kehidupan sebenar.

Tidak pernah terfikir, dia akan menjadi salah seorang daripada mereka sendiri, dengan bangganya dipanggil dengan nama negaranya, Malaysia.

“Top 15 pernah menjadi impian untuk dicapai, tetapi kini ia bukan mimpi lagi, ia adalah fakta untuk diraikan! Pada 2023, kita akhirnya berjaya!,” katanya dengan penuh semangat

Minggu lalu, Cassandra telah mengharumkan nama negara pada Miss International 2023 apabila mara ke ‘Top 15’, menamatkan kemarau 58 tahun untuk Malaysia menembusi kedudukan tersebut. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related