Masih ada yang ‘menggedik’ biarpun isteri ada di sebelah, mujur… : Aiman Tino

Kehadiran isterinya di sisi seakan-akan tidak diendahkan peminat sehingga ada yang cuba menyentuh lengannya

9:26 AM MYT

 

PUTRAJAYA  Biarpun sudah bergelar suami orang, penyanyi popular, Aiman Tino mengakui masih ada peminat yang cuba-cuba  menggedik dengannya.

Menurut Aiman, atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 25, dia masih berdepan situasi sama seperti sebelum berkahwin.

Malah ada yang bertindak menyentuh lengannya biarpun isterinya, Syarah Haifa ada di sebelah.

“Setakat ini, tak ada yang hantar mesej bukan-bukan. Kalau berjumpa depan-depan, ada yang cuba duduk rapat-rapat sampai kadang-kadang rasa tak selesa. Ada juga yang cuba sentuh lengan dan sebagainya.

“Saya pun malas nak layan sebenarnya benda-benda begitu. Yang penting, mereka tahu hormat saya dan saya pun jagalah benda-benda begitu.

“Sebelum ini, saya memang suka beramah mesra dengan peminat lelaki atau perempuan. Sekarang, saya dah tahu ada batasnya sebab ada isteri di sebelah,” katanya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci ini lagi, dia bersyukur kerana isterinya bersikap profesional.

“Saya tengok, dia macam okay sahaja. Tapi, balik ke rumah, dia mulalah membebel ‘Awak boleh ye senyum-senyum, layan lebih-lebih?’

“Saya jelaskan kepada dia, itu cuma sekadar peminat. Tapi, saya memang kagum dengan sikap profesional dia di luar dan setakat ini, tak pernah terlepas lagi,” katanya.

Ditanya mengenai pengalamannya sejak berumahtangga enam bulan lalu, Aiman Tino berkata, dia baru memahami erti kehidupan pasangan suami isteri yang disifatkan sebagai mencabar.

“Bila dah hidup bersama, baru kita tahu perangai masing-masing. Tetapi saya banyak diam andai isteri sedang merajuk.

“Saya biarkan dia sejuk dulu, baru saya akan pujuk. Tapi tak adalah sampai kena tidur luar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aiman Tino bakal merakamkan lagu baru ciptaan komposer dari Indonesia tidak lama lagi. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related