Tamatkan subsidi ayam langkah tepat, peruntukan dialih tingkat inisiatif kebajikan rakyat: FOMCA

Berdasarkan pemantauan FOMCA sejak September lalu, penjualan ayam sudah berada di bawah harga siling

8:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyifatkan keputusan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam bertepatan dengan situasi semasa berikutan bekalan ayam kini sudah kembali stabil.

Bersetuju dengan langkah itu, Bendahari FOMCA, Nur Asyikin Aminuddin berkata, peruntukan subsidi tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan inisiatif kebajikan rakyat termasuk bantuan kepada golongan bersasar.

“FOMCA bersetuju dengan langkah penamatan subsidi ayam kerana sebelum ini ia dinikmati semua orang termasuk warga asing.

“Bila sudah ditamatkan, ia membolehkan kerajaan mengalihkan peruntukan subsidi kepada golongan bersasar contohnya menerusi pemberian bantuan sara hidup,” katanya kepada Scoop.

Nur Asyikin Aminuddin berkata apabila bekalan ayam stabil, maka harga pun tidak membebankan pengguna. – Gambar dari media sosial, 2 November, 2023

Menurutnya, apabila harga ayam diapung, peniaga akan bersaing secara sihat untuk memberikan harga terbaik kepada pengguna.

“Sekarang kita kembali kepada fitrah ekonomi yang mana bila bekalan ayam stabil, maka harga pun tidak membebankan pengguna.

“Berdasarkan pemantauan FOMCA sejak September lalu, penjualan ayam sudah berada di bawah harga siling. Jadi ia langkah bijak untuk mengapungkan harganya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Asyikin berkata, pengguna boleh memanfaatkan aplikasi mudah alih ‘Price Catcher’ yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membuat perbandingan harga sesuai dengan kemampuan masing-masing.

“Pengguna juga boleh periksa perbandingan harga jualan ayam dan barangan lain menerusi aplikasi tersebut bagi mendapatkan lokasi yang menjual ayam pada harga lebih rendah.

“Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan terhadap mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan menjual pada harga tinggi agar pemeriksaan pihak berkuasa dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi pemeriksaan setakat 1 tengah hari semalam, hanya 68 premis atau 4.6 peratus daripada keseluruhan 1,484 premis yang diperiksa di Semenanjung Malaysia menjual ayam pada harga lebih tinggi daripada harga siling yang pernah ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram.

Menurut beliau, harga tertinggi ayam yang dikesan setelah diapungkan semalam dalam pemeriksaan tersebut adalah RM11 sekilogram dan terendah RM6.49 sekilogram.

Katanya lagi, harga RM11 sekilogram itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu manakala Mari-Mari Supermarket di Mersing, Johor menjual pada harga RM6.49 sekilogram. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related