Di sebalik gesaan konflik dihentikan, tentera Israel ‘menggila’ serang kawasan Hospital Al-Quds pula

Tindakan itu menyebabkan bangunan berkenaan ‘bergegar’ dan mengakibatkan pesakit serta kakitangan hospital berkenaan, selain orang awam berada dalam kedaan ketakutan dan panik

10:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam situasi semakin ramai rakyat Gaza terbunuh akibat konflik Israel dan Palestin sejak tiga minggu lalu serta gesaan pelbagai pihak supaya peperangan itu dihentikan segera, tentera Zionis terus bertindak kejam apabila melancarkan serangan artileri dan udara berhampiran Hospital Al-Quds.

Menurut media antarabangsa, Al Jazeera, tindakan itu menyebabkan bangunan berkenaan ‘bergegar’ dan mengakibatkan pesakit serta kakitangan hospital berkenaan, selain orang awam berada dalam kedaan ketakutan dan panik.

Al Jazeera berkata, Persatuan Bulan Sabit Merah menerusi kenyataan memaklumkan, Hospital Turki-Palestin di Gaza juga mengalami ‘serangan langsung’ sehingga mengakibatkan kerosakan dan kecederaan dalam insiden semalam.

“Serangan di Hospital Al-Quds mengakibatkan bangunan itu menggeletar dan orang awam kehilangan tempat tinggal serta kru, mengalami ketakutan dan panik.

“Hospital itu kini menampung ratusan pesakit dan lebih daripada 12,000 orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Gaza,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Indonesia melaporkan bahawa hospital berkenaan ‘diserang’ buat kali ketiga semalam dan tahap kerosakan tidak dapat dipastikan dalam tempoh terdekat.

Manakala, Pengarah Jabatan Ambulans dan Kecemasan di Gaza, Mohammed Abu Mcbeh berkata, tempoh gangguan komunikasi selama kira-kira 36 jam menyaksikan operasi dijalankan dalam kedaan tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menyelamatkan mangsa.

Kelmarin, Bulan Sabit Merah memaklumkan, Israel mengeluarkan amaran supaya hospital itu dikosongkan, dipercayai sebagai ‘persediaan’ untuk serangan terbabit.

Pakar hak asasi manusia mengecam tindakan itu dengan memberi amaran bahawa serangan langsung ke atas kemudahan kesihatan berkenaan akan menjadi jenayah perang.

Ribuan rakyat Palestin terkorban dalam peperangan antara Israel dan Palestin sejak ia tercetus pada 7 Oktober lalu, dengan sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.

Konflik itu dikecam pelbagai pihak, termasuk pemimpin beberapa negara, antaranya Malaysia kerana disifatkan sebagai menafikan nilai kemanusiaan.

Malaysia turut menyatakan sokongan terbuka terhadap perjuangan Palestin menerusi pelbagai usaha, termasuk mengadakan beberapa Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak perang meletus dan mengumpul sumbangan dana daripada seluruh rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberikan ucapan pada acara itu di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini, lantang bersuara berhubung konflik terbabit, selain menggesa Israel menghentikan serangan berkenaan serta memberi hak kepada rakyat Palestin. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related