TMJ akui berdepan cabaran kewangan urus JDT, ‘bukan mudah kendali kelab bola sepak kerana…’

Tunku Mahkota Johor berkata, masalah dihadapi itu sama seperti didepani saingannya

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kelab itu berdepan cabaran kewangan sama seperti saingan Liga Super.

Dalam episod podcast Keluar Sekejap disiarkan malam tadi yang dikendalikan bekas Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dan mantan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan, Tunku Ismail berkata, JDT menghadapi kesukaran menguruskan keperluan kelab, walaupun mempunyai sokongan kuat daripada penaja antarabangsa.

“Bukan mudah untuk mengendalikan kelab bola sepak kerana ia memerlukan pelaburan kewangan besar, dengan pulangan agak sederhana.

“Walaupun JDT mempunyai banyak kerjasama antarabangsa, kita tetap menghadapi kesukaran.

“Ada kes apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menyokong kelab membayar 32 pemain kami dan adakala agak mengecewakan,” katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail menzahirkan rasa bangga dengan prestasi JDT di sebalik kekangan kewangan dan berharap, pasukannya akan terus menyertai Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tahun akan datang.

Prestasi JDT di bawah kendalian Tunku Mahkota Johor cukup membanggakan, malah menjadi kelab pertama merangkul 10 kejuaraan liga berturut-turut. – Gambar Instagram Tunku Mahkota Johor, 30 Oktober, 2023

“Sejujurnya, tekanan kewangan dalam dunia bola sepak terutama di negara kita amat besar.

“Tetapi apa yang membuatkan saya meneruskannya adalah semangat dan kasih sayang saya terhadap sukan ini, walaupun suatu hari nanti saya mungkin berkata ‘cukup’.

“Bagaimanapun, di sebalik cabaran ini, saya amat berbangga dengan kemajuan kelab kami dan kami berada di landasan betul.

“Kami mempamerkan prestasi cemerlang dalam ACL dan matlamat realistik saya untuk kelab adalah layak ke suku akhir pada kejohanan ini pada tahun-tahun akan datang.

“Tambahan, saya gembira kerana mentaliti kemenangan kita meluas kepada aktiviti sukan lain di Johor, apabila kita menjadi juara keseluruhan dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma).

“Kami juga mempunyai kejayaan bersama pasukan hoki ais dan perlumbaan permotoran, jadi saya harap mentaliti kemenangan ini berterusan untuk kami mencapai lebih banyak lagi pada masa akan datang,” tambah Tunku Ismail.

JDT melakar kejayaan penting apabila menjadi kelab pertama merangkul 10 kejuaraan liga berturut-turut, susulan kemenangan bergaya 4-0 pasukan itu ke atas PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bulan lalu.

Penguasaan mereka juga diperluaskan ke Piala FA yang turut diraih pada Julai dengan mengalahkan Kuala Lumpur City 2-0 pada perlawanan akhir.

Selain bola sepak, JDT terbabit dalam sukan futsal, polo, tinju, hoki ais dan perlumbaan bermotor. – 30 Oktober 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related