Kualiti air 14 sungai di Johor dalam kategori paling tercemar: MB

Susulan itu beberapa agensi berkaitan telah diarahkan untuk segera mewujudkan pasukan petugas  bagi menangani isu berkenaan

10:28 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan sebagai paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

Beliau berkata susulan itu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan telah diarahkan untuk segera mewujudkan pasukan petugas  bagi menangani isu berkenaan.

“Saya telah mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan untuk mengadakan satu pasukan petugas,  serta mewujudkan rangka kerja dalam menangani isu sungai tercemar di Johor pada kadar yang segera.

Saya yakin dengan kerjasama yang erat daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, sungai-sungai di Johor pasti dapat dibersihkan, sekali gus merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang 2030,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut meluahkan kekecewaan selepas meninjau beberapa buah sungai pada hari ini kerana ia dipenuhi dengan longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk daripada pencemaran bahan kimia.

Onn Hafiz pada masa sama menyeru rakyat Johor untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related