Kerajaan perlu lebih tegas heret Israel ke muka pengadilan

Kalau mereka (Israel) tidak memahami maksud kita, kita akan berhimpun dengan lebih besar (lagi), kata Afnan

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu lebih tegas dalam menyuarakan desakan dan gesaan sehingga Israel dihadapkan ke muka pengadilan susulan serangan berterusan terhadap Palestin sejak 7 Oktober lalu.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekiranya Israel masih tidak menghentikan serangan ke atas Palestin maka himpunan yang lebih besar akan diadakan.

“Kerajaan kena bertegas dalam hal ini supaya Israel dihukum. Kalau mereka (Israel) tidak memahami maksud kita, kita akan berhimpun dengan lebih besar (lagi).

“Kita mahu rakyat Palestin ‘dibebaskan’ dari kekejaman Zionis dan disebabkan itu kami berhimpun secara aman (hari ini),” katanya kepada media selepas Himpunan 10K Solidariti Palestin yang diadakan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, hari ini.

Peserta himpunan tersebut berkumpul di Masjid Asy-Syakirin KLCC sebelum bergerak beramai-ramai menuju ke kedutaan itu.

Himpunan yang disertai lebih 10,000 peserta itu merupakan himpunan ketujuh diadakan di ibu kota sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang teruk dibedil bom Zionis.

Antara pemimpin politik yang menyertai himpunan ini adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sementara itu, keadaan di Gaza semakin tegang malah semua komunikasi ke wilayah berkenaan telah terputus ketika rejim zionis sedang memperhebatkan pengeboman di situ.

Malah wakil Al Jazeera memaklumkan utara Gaza kini dihujani dengan serangan udara dan artileri.

“Hari ini adalah yang paling teruk dan kita dapat mendengar letupan…dari arah laut, khususnya di utara Semenanjung Gaza.

“Serangan udara dan bedilan artileri semakin meningkat di utara,’’ kata Safwat Kahlout, wakil Al Jazeera yang melaporkan dari bandar Gaza.

Setakat ini seramai 7,326 rakyat Palestin terkorban dengan 60% daripadanya adalah kanak-kanak serta wanita- 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related