Rakyat Malaysia seludup dadah ke Melbourne: PDRM, AFP jalankan siasatan lanjut

Ia termasuk usaha mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat dalam kes berkenaan

11:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Australia (AFP), bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 622 kilogram di Melbourne dan penahanan seorang rakyat Malaysia dalam kes itu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki yang ditangkap pada 12 Okt lepas itu, telah dikenakan tindakan di bawah undang-undang negara itu di bawah Section 307.5 (10) of The Criminal Code : Attempting To Possess a Commercial Quantity of a Border Controlled Drug.

“Hukuman kesalahan itu boleh membawa kepada penjara seumur hidup,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Kamarudin berkata PDRM dan AFP akan meneruskan usaha mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat dalam kes berkenaan.

Terdahulu, PDRM mengesahkan telah mengenal pasti beberapa individu di negara ini disyaki menyeludup dadah jenis itu ke Melbourne.

Menurut laporan media tempatan hari ini, empat lelaki didakwa selepas kira-kira 622 kilogram methamphetamine, ditemui tersembunyi di dalam kargo berisi tisu tandas. – 27 Oktober, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related